Contoh Polisi Gangguan Seksual di Tempat Kerja di bawah Akta Pekerjaan 1955 untuk syarikat-syarikat di Malaysia:

Polisi Gangguan Seksual di Tempat Kerja Syarikat ABC

Pihak syarikat ABC memandang gangguan seksual di tempat kerja sebagai satu kesalahan berat yang boleh menjustifikasikan hukuman penghentian kerja. Gangguan seksual didefinisikan oleh pihak syarikat kami seperti berikut:

Sebarang kegiatan seksual yang tidak diingini merangkumi bentuk percakapan, bukan dalan bentuk percakapan atau non-verbal, penglihatan atau visual, psikologi atau melalui sentuhan fizikal. Ia juga termasuk surat-surat yang dihantar secara elektronik atau e-mail yang memaparkan unsur-unsur seks atau gambar-gambar lucah yang tidak sepatutnya dihantar.

Apabila seseorang pekerja mendapati dirinya diganggu secara seksual, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil olehnya:

a) Pengaduan perlu dihadapkan kepada pegawai atasannya secepat mungkin. Seterusnya, pegawai atasan mesti membawa pengaduan tersebut ke bahagian pentadbiran sumber manusia;

b) Bahagian pentadbiran sumber manusia akan seterusnya menjalankan siasatan terperinci secara peribadi atau secara senyap-senyap dalam usaha menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin. Jika perlu, satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh pihak syarikat kepada pihak tertuduh. Proses ini bolah dilanjutkan ke peringkat “domestic inquiry” atau penyiasatan domestik yang boleh mengakibatkan pihak tertuduh dibuang kerja.

c) Jika pihak mangsa gangguan seksual tidak mendapat maklumbalas dalam masa satu minggu dari tarikh aduan ini dibawa kepada pegawai atasannya, dia digalakkan membawa aduannya terus ke bahagian sumber manusia;

d) Jika bahagian sumber manusia tidak mengambil tindakan pengaduan gangguan seksual tersebut dalam jangka masa 2 minggu dari masa aduan dibuat, mangsa digalakkan membawa kes tersebut terus kepada pengurus besar syarikat (atau pegawai atasan seterusnya yang dipilih oleh syarikat).

e) Polisi ini berkuatkuasa mulai 1hb. November 2009.


Diluluskan oleh:


Pengarah Syarikat